“Sudahkah di Qada’ Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita… ” Subhanallah, betapa alpa nya kami… Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat…
Peringatan buat diriku yang sering lupa… … ..
Adakah kita seorang Islam ? Pernahkah kita terfikir… Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kitamengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kitayang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yangberebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnyakeredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini seringdilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatanekonomi, timbul pula gejala murtad… Fitnah.. gempa bumi, peperangandan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepadakita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam ?
Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan kitaadalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kitamengaku diri kita hebat, bijak, rajin … walhal semuanya adalahkurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnyadari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yangtidak bersyukur.Adakah kita yakin kita seorang Islam
Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetiksekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmatakerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapakita masih leka di buai perasaan… Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah…
Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasaldari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah ?
Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia… Mengapa kita masih mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu.
Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf… Dapatkahkita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kitakerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kitaharus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkanribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanandiri.
Ketahuilah… sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yangtidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa.
Dosa!!! Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang bolehmenghapuskan dosa seharian Apakah kita begitu yakin untuk menempuhakhirat ? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorangIslam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kitamerasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untukmenjauhkan diri dari perbuatan mungkar.Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutupaurat?
Kita solat … ** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan … ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum … ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minumseperti yang kita minum sekarang?
Kita ketawa … ** kita tidak malu pada Allah?
0 comments:
Post a Comment